SOALAN LAZIM






Soalan Lazim

Dikemaskini pada 01/03/2018

PENGENALAN & INTRO
Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai?
A: Sehingga ke hari ini (01/03/2018),

Manakala syarikat U FUTURE ENTERPRISE (No. Pendaftaran SSM: AS0239272-U)juga telah lebih dari 5 tahun dalam industri ini iaitu sejak tahun 2012 lagi. Seramai lebih dari 22,000 orang telah menyertai syarikat ini (server baru). Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 001086853120, 001816387584 & 001964089344).

Kami yakin dan percaya, mereka tidak tertipu dan disebabkan itulah, jumlah keahlian semakin bertambah. Kami tidak mengaut keuntungan semata-mata, tetapi membantu anda untuk menjimatkan pembelian topup berbanding membeli di kedai. Selain berjimat, boleh juga berniaga secara sambilan. Manfaatkan telefon bimbit anda!


Q: Siapakah HandiTopUp?
A: ROHANDI merupakan DEALERVIP kepada syarikat U FUTURE ENTERPRISE yang diberi kebenaran untuk melantik dealer seluruh Malaysia dengan kadar yuran pendaftaran yang rendah dan mampu oleh setiap orang serta keuntungan yang tinggi!


Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?
A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.


Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?
A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Maxis 3.00%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.70 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai adalah RM0.30


Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.

PAKEJ YANG DITAWARKAN
Q: Apakah pakej yang ditawarkan oleh HandiTopUp?
A: Kami menawarkan iaitu Pakej Dealer dan dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan. Setiap pakej yang ditawarkan, kami memberikan modal percuma.


Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.

Q: Berapakah jumlah minima untuk tambah modal?
A: Minima untuk tambah modal terus kepada akaun U FUTURE ENTERPRISE ialah RM101. Anda digalakkan untuk tambah modal dengan amaun yang unik/istimewa seperti RM101, RM167 atau RM110, RM170 dan sebagainya.

Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?
A: Anda boleh menjual topup melalui 3 cara iaitu secara SMS, Online (web) dan SRS Mobile. Cara-caranya:


Q: Baagaimana cara untuk bayar bil?
A: Untuk membayar bil-bil utiliti, pastikan anda semak beberapa perkara penting iaitu:
1. Pastikan sebelum membayar bil, hendaklah TIDAK melepasi tarikh "due date".
2. Bayar bil selewat-lewatnya 7 hari bekerja sebelum tarikh due date.
3. Bil akan diproses oleh server dalam masa 48jam dan mengambil masa 3 hari untuk syarikat utiliti "update" ke dalam sistem mereka.
4. JANGAN sesekali bayar bil yang telah dipotong (terminate) oleh syarikat utiliti seperti ASTRO kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk disambung semula oleh syarikat utiliti. 
Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?
A: Ya, boleh. Anda hanya perlu tunggu 30 minit selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama ATAU anda boleh topup serta merta tanpa menunggu 30 minit dengan cara topup amaun yang berbeza
Contoh: Topup kali pertama RM10, Topup kali kedua RM5.


ISU DAN MASALAH
Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi menerima SMS 'Failed', mengapa?
A: Ini berlaku kerana kesilapan format sewaktu menghantar SMS ke server. Antara kesilapan tersebut ialah:
Format sebenar untuk Server B ialah seperti berikut: BI*BANK*AMAUN*HHBBTT*JJMMSS  
2) Format tarikh salah. Untuk Server B, pastikan hanya masukkan dalam bentuk format HHBBTT sahaja (hari, bulan dan tahun). Contohnya jika 21 Januari 2015, taip 210115. 

2) Format masa salah.  Untuk Server B, masa hendaklah ditaip dalam format 24 jam iaitu JJMMSS (jam, minit dan saat). Contohnya jika anda bank in pada pukul 3.16 petang, format yang perlu ditaip ialah 151600. 
Kod bank salah. Untuk Server A, kod bank yang sebenar ialah MAYBANK dan CIMBBANK. Untuk Server B, kod bank yang sebenar ialah MBB, CIMB dan PBB. 

Q: Saya dah tambah modal tetapi terkurang RM100 kerana mesin CDM 'reject' duit, adakah modal saya akan hilang (burn)?
A: Untuk menjawab soalan ini, pihak syarikat  U FUTURE ENTERPRISE dengan tegas telah menyatakan bahawa ianya tidak akan diproses. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini, sila tambah modal lebih dari RM100 (bukan genap-genal RM100.)

Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 1 jam, bagaimana?
A: Jika selepas 1 jam, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila hantar SMS sekali lagi setiap 60 minit. Tetapi jika lebih dari 3 kali SMS dihantar, modal tidak masuk juga, anda perlu lakukan tiga (3) perkara berikut:

1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidak menerima SMS. Untuk semak, taip BAL dan hantar ke server. Jika setelah semak baki, modal masih tidak masuk, sila lakukan step seterusnya. 
2. Hantar maklumat tambah modal melalui web. Jika modal tidak masuk juga selepas maklumat dihantar melalui web melebihi 1 jam, sila lakukan step seterusnya.  
3. Sila SMSkan/Call masalah anda ke Carelinie atau HelpDesk dengan sertakan agen id dan maklumat tambah modal.

Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?
A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula 'cash' atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.


Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup selepas SMS dihantar?
A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, server akan menghantar SMS sama ada transaksi berjaya atau gagal.


Q: Bolehkah saya tambah modal melalui Interbank Giro (IBG) atau Instant Transfer (IBFT) iaitu daripada bank lain ke bank akaun syarikat?

A: Untuk menjawab soalan ini:
1. Interbank Giro (IBG) : TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Ini kerana bank TIDAK memproses pindahan wang IBG secara serta merta. Ia diproses lewat masuk ke akaun syarikat, maka waktu (masa) untuk anda tuntut modal anda tidak 'matching' dengan duit yang masuk ke akaun syarikat. Kebiasaannya caj IBG adalah RM0.11.
2. Instant Transfer (IBFT) : DIBENARKAN kerana bank akan memproses pindahan wang IBFT serta merta ke akaun syarikat. Caj IBFT adalah RM0.53.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan tetapi status transaksi Failed atau Refunded, mengapa?
A: ini terjadi disebabkan beberapa perkara iaitu:
No.Hp pelanggan salah atau tidak cukup. Contohnya,no.hp pelangga ialah 0123456789 tetapi ditaip terbalik seperti 0123456987 atau tertinggal satu nombor seperti 012346789.
Salah kod telco. Contohnya pelanggan tersebut meminta topup Celcom, oleh itu kodnya 0132546987.C10, tetapi ditaip kod lain misalnya Maxis 0132456789.M10.
Salah amaun nilai. Tidak semua telco boleh topup pada nilai yang dikehendaki seperti RM56, RM42 dan lain-lain. Kebiasaannya nilai topup yang dibenarkan atau dibolehkan ialah RM5-RM10, RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100. Ianya bergantung kepada telco.
Baki tidak mencukupi. Server tidak dapat memproses topup apabila baki tidak mencukupi (insufficient balance).
No.Hp yang sama ditopup dua kali dalam masa 30 minit. Server gagal untuk memproses no.hp yang sama dalam masa 30 minit. Anda perlu tunggu lebih dari 30 minit untuk topup no.hp yang sama untuk kali kedua.
No.Hp tidak wujud atau telah tamat tempoh. Nohp pelanggan telah pun tamat tempoh dan tidak dapat dihubungi kerana pelanggan tidak membuat tambah nilai dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh kredit.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?
A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:
Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal diruangan 'Report Sales' dan 'Search'. Pastikan DN tertera nombor. Jika tidak tertera nombor, berkemungkinan besar topup tidak masuk. 
Langkah  2  Jika status 'PENDING', anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi 'REFUNDED' atau 'SUCCESS'. [Dalam kes ini anda perlu tunggu seberapa lama yang mungkin atau hubungi Careline untuk batalkan transaksi tersebut].
Langkah 3 : Sekiranya status 'REFUNDED', ini bermaksud ada kesilapan dalam format SMS (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila SMS sekali lagi ke server dengan format yang betul.
Langkah 4 : Sekiranya status 'SUCCESS', tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara SMS kepada pihak Careline/HelpDesk. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?
A: Tidak! Jika status jualan topup 'SUCCESS', ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda menghantar SMS topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.


Q: Apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya Server Down?

A: Ada beberapa langkah yang boleh anda ikuti iaitu:
1. Sekiranya anda menggunakan SMS untuk jual topup, pastikan andaJANGAN hantar SMS sekali lagi. Dikhuatiri akan 'Double Topup'.
2. Sebaik-baiknya elakkan menjual topup menggunakan SMS. Adalah lebih baik menggunakan Web dan SRS Mobile supaya tidak berlaku 'Double Topup' dan masalah-masalah lain.
3. Semak transaksi topup yang telah anda lakukan di dalam website sistemsetelah server pulih seperti biasa. Pastikan transaksi yang anda lakukan ada atau jika tiada sila tunggu dalam masa 30 minit sebelum membuat transaksi topup sekali lagi,
4. Maklumkan kepada pelanggan anda bahawa sistem topup offline dan mohon tunggu sebentar.
5. Hubungi Careline sekiranya anda mahu Refunded atau Batalkan transaksi tersebut. 
6. Pesanan : Waktu terbaik jual topup adalah waktu ketika Careline beroperasi kerana jika ada masalah, anda boleh hubungi careline terus. Waktu operasi careline adalah antara 9.30am hingga 9.30pm. 

Q: Apa Yang Menyebabkan Server Down?

A: Kebiasaanya server down berpunca daripada kegagalan sambungan talian internet utama ke pusat rangkaian kerangka server. Maka disebabkan itu, server tidak boleh beroperasi secara atas talian kerana ketiadaan talian internet yang tidak berfungsi.



CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Q: Adakah topup dikenakan GST?
A: Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SKMM pada 23 Disember 2015, tiada lagi GST dikenakan sebaliknya GST 6% dipotong daripada kredit pelanggan dan diberikan rebet dalam masa 24 jam.



Q: Saya masih tidak faham, bagaimana bisnes topup secara SMS ini berfungsi. Boleh tolong jelaskan dengan lebih detail?
A: InsyaAllah saya akan cuba terangkan secara detail. Sila hubungi saya sama ada melalui telefon, sms, whatsapp atau emel kami di muka hadapan sebelah kanan klik>PERTANYAAN

LAIN-LAIN
Q: Mengapa keuntungan jualan topup sedikit? Hanya 3.7% hingga 9.75%?
A: Sebenarnya, ini adalah keuntungan TERTINGGI pernah kami tawarkan. Keuntungan jualan topup sejak tahun 2000 sehingga ke hari ini tidak jauh berubah. Bandingkan dengan syarikat lain, dan kami beri jaminan bahawa ini adalah keuntungan TERTINGGI pernah diberikan oleh kami dengan yuran pendaftaran yang SANGAT RENDAH!


-------------------------Terma dan Syarat-------------------------

  1. Saya faham bahawa HandiTopUp merupakan DealerVip yang sah berdaftar dengan syarikat U Future Enterprise serta diberi kuasa untuk mendaftarkan dealer dan agent dibawahnya.
  2. Saya SETUJU bahawa HandiTopUp TIDAK akan bertanggungjawab jika saya mengalami kerugian dalam perniagaan topup ataupun dengan syarikat.
  3. Saya setuju untuk membuat bayaran seperti yang ditetapkan. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup.
  4. Saya dengan SUKARELA menyertai HandiTopUp setelah memahami dan menimbang secara matang.
  5. Saya sedar bahawa keahlian saya akan disekat sekiranya melanggar terma dan syarat diatas.
  6. Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin web HandiTopUp dan Syarikat dan bersedia bertanggungjawab jika saya mengingkarinya. 

  1. Saya menyedari bahawa syarat-syarat dan peraturan yang dibuat adalah demi kepentingan dan keselamatan saya serta agen dibawah HandiTopUp